
Nasional
Sin Chew gantung tugas dua editor kerana kesilapan bendera
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily menggantung tugas dua editornya susulan kesilapan mencetak ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap.
Dua individu dikenakan tindakan tatatertib itu Ketua Pengarang Eksekutif Chan Aun Kuang dan Timbalan Ketua Penyunting Bahagian Suntingan akhbar berkenaan.
“Pihak pengurusan Sin Chew Daily mengumumkan bahawa keputusan ini berkuat kuasa serta-merta dan akan kekal sehingga siasatan selesai,” menurut kenyataan akhbar itu hari ini.