Ekonomi

Papparich bakal gulung tikar

Kumpulan Papparich bakal `gulung tikar’ setelah berdepan dengan satu petisyen penggulungan atau ‘winding-up petitions’ yang telah difailkan semalam.

DagangNews melaporkan petisyen itu menuntut agar operasi kumpulan Papparich ditutup.

Perkara berkenaan disahkan oleh ST Group Food Industries yang merupakan kumpulan syarikat usaha sama dengan Papparich Australia.

Petisyen itu difailkan oleh Chen Khai Voon dan Agathisfour kepada Mahkamah Tinggi Malaya, masing-masing bertarikh 15 Mei dan 22 Mei.

Prosiding pendengaran dijangka berlangsung pada 21 September dan 3 November depan.

Sementara itu, ST Group Food Industries melihat situasi itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas operasi dan perniagaan Kumpulan Papparich.

Jelas kumpulan berkenaan, pihaknya juga akan kekal memegang hak eksklusif terhadap tanda dagangan (trademark) dan jenama Papparich di Australia serta New Zealand.

Pemegang-pemegang saham Papparich Australia terdiri daripada  STG Food Industries, iaitu anak syarikat yang sepenuhnya dimiliki oleh ST Group Food Industries, Papparich Group, dan Agathisfour.

Petisyen boleh dibuat oleh mana-mana pihak yang berhak memfailkan petisyen penggulungan syarikat; termasuklah pemiutang syarikat, pelikuidasi, Pendaftar Syarikat atau Pegawai Penerima seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 464 AS 2016 (217 AS1965).  – SM

(Visited 626 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button