Luar Negara

Kempen dalam talian berakhir pada tempoh bertenang dan hari pengundian

Pilihan Raya Umum Singapura, esok

SINGAPURA memasuki tempoh bertenang hari ini sebelum pengundian untuk Pilihan Raya Umum (PRU) republik itu dijalankan esok.

Kempen dalam talian adalah satu daripada aktiviti kempen yang dilarang semasa tempoh itu, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) Singapura.

18 Tempat Menarik Di Singapura Yang Popular Dikunjungi Pelancong ...

Kempen dalam talian termasuk penstriman langsung, memuat naik rakaman penstriman itu atau memuat naik/menyiarkan iklan pilihan raya dalam mana-mana laman web dan platform Internet, menurut kenyataan itu yang dipetik oleh BERNAMA.

“Tempoh bertenang bagi kempen dan iklan pilihan raya selama 24 jam ini adalah untuk membolehkan pengundi berfikir secara rasional terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan semasa waktu berkempen, sebelum mengundi. Sekatan yang sama turut terpakai pada hari pengundian,” tambah kenyataan itu.

Aktiviti seperti merayu undi, menyebarkan risalah sama ada melalui kaedah fizikal atau elektronik atau mengunjungi rumah dan tempat kerja pengundi yang berkaitan dengan pilihan raya, juga dilarang.

Selain itu, larangan turut termasuk melakukan pengiklanan programatik seperti menggunakan teknologi untuk menyampaikan iklan digital secara automatik dan dalam platform media sosial.

Iklan pilihan raya juga dilarang pada kedua-dua hari itu dengan beberapa pengecualian terhadap larangan ‘dengan sengaja menerbitkan atau memaparkan iklan pilihan raya’.

Pengecualian itu termasuk laporan dalam akhbar, radio dan televisyen berkaitan dengan pilihan raya, dan penyiaran pandangan politik peribadi oleh individu kepada individu lain, secara bukan komersial, menggunakan Internet, telefon atau alat elektronik.

Bagaimanapun, ELD memaklumkan untuk mengelakkan keraguan, peserta kumpulan/saluran sembang atau webinar melibatkan lebih daripada dua peserta dalam platform seperti WhatsApp, Telegram dan Zoom tidak boleh menyiarkan iklan pilihan raya dalam medium berkenaan.

Moderator kumpulan/saluran atau webinar tersebut diminta untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk mengeluarkan sebarang iklan pilihan raya apabila mereka menyedarinya.

ELD turut menasihatkan bahawa calon dibenarkan menghadiri program ibadah, mesyuarat atau perkara lain semasa bekerja.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada larangan umum terhadap pengiklanan pilihan raya dan kempen semasa tempoh bertenang dan hari pengundian serta peraturan dan langkah pengurusan yang selamat untuk situasi Covid-19.

Pilihan Raya Umum Singapura kali ini diadakan dalam kebiasaan baharu kerana kempen tidak hanya dilakukan secara fizikal tetapi juga maya, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda republik itu. –SM

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button