Keluarga mangsa disaran saman pemandu mabuk – peguam
SAMAN pemandu mabuk yang menyebabkan kematian ahli keluarga mungkin boleh mengubati sedikit rasa tidak puas hati.
Justeru, seorang peguam mencadangkan ahli keluarga waris menfailkan saman teradap pemandu mabuk yang mengorbankan orang lain akibat sikap tidak bertanggungjawab itu.
BACA > Ali Rustam TYT Melaka baharu — Suara Merdeka
Hal demikian bermakna, pemandu mabuk terbabit perlu berhadapan dengan dua tindakan mahkamah iaitu bagi kesalahan jenayah dan sivil.
Perkara itu dicadang peguam, Mufarwa Farid yang menasihatkan supaya ahli keluarga boleh menuntut keadilan terhadap mangsa.
“Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut. Bila boleh saman? Sekarang pun boleh.
“Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap dua mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati,” katanya dalam Facebook baru-baru ini.
Nasihat beliau demikian mengulas komen-komen netizen yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap hukuman dan tindakan dikenakan kepada pemandu mabuk.
Malah, nasihatnya lagi, tidak kira sama ada mangsa meninggal dunia ataupun mampu bertahan selepas cedera parah akibat dilanggar pemandu mabuk.
Tambah Mufarwa, soal kos guaman bukan suatu isu kerana ada peguam yang tidak mengambil bayaran awal perbicaraan.
BACA > Redalah Tun Mahathir, tamatkan persengketaan politik ini — Suara Merdeka
BACA > Bolehkah Agong bubar Parlimen, sultan bubar DUN? — Suara Merdeka
“Ada ramai peguam bahagian kemalangan yang tak ambil apa-apa bayaran awal. Kena betul-betul cari peguam yang boleh dipercayai,” jelasnya menjawab soalan netizen.
Cadangan Mufarwa mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata menyokong tindakan saman oleh keluarga mangsa terhadap pemandu mabuk.
“Bagus pencerahan ini, mulai sekarang bolelah para peguam mengambil inisiatif membantu mana-mana kes yang berlaku,” komen Pak Lang Jani.
“Baru tahu. Info yang baik. Izin kongsi ya, supaya ada kesedaran dan tindakan jika sesiapa yang ditimpa situsi seperti ini,” ujar Harliah Khairi.
“Mohon keluarga mangsa langgar yang diseret itu untuk menghubungi peguam dan saman,” luah Badaruddin Muhammad.
Terdahulu, keluarga mangsa, Muhammad Anub Najmi yang kemalangan di Butterworth, Pulau Pinang bertekad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu mabuk.
Hal demikian disahkan bapa arwah, Azaman Hashim, 49, apabila mahu keadilan terhadap anaknya yang dilanggar pemandu mabuk pada Februari lalu bersama rakan, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi.
Dalam kemalangan itu, Muhamad Syaiful turut terkorban ketika motosikal ditunggangi mereka dilanggar sebuah kereta.
BACA > Dua jam baru sedar anak hilang — Suara Merdeka
BACA > Najib mahu dengar luahan rakyat hilang kerja — Suara Merdeka
Siri kemalangan menyebabkan kematian berpunca daripada pemandu mabuk semakin menjadi-jadi apabila turut melibatkan mangsa yang sedang mencari rezeki untuk keluarga. – SM