Nasional

Hukuman baharu pemandu mabuk dibentang dalam sidang Parlimen ini

RANG undang-undang (RUU) berkaitan hukuman terhadap pemandu mabuk akan dibentang dalam kabinet pada 17 Julai nanti sebelum dibentang dalam sidang Dewan Rakyat kali ini.

RUU tersebut dirangka sebaga pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33) bagi membanteras isu pemandu mabuk sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Pindaan baharu itu bakal menggantikan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 yang dikenakan sebelum ini tertuduh.

“Dalam pindaan kali ini, kerajaan mencadangkan hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi kesalahan kali pertama dan 20 tahun untuk kali kedua.

“Kadar denda RM20,000 sekarang akan dinaikkan kepada RM100,000 bagi kesalahan kali pertama.

BACA > Letupan bom di Pattani: seorang renjer maut, seorang cedera — Suara Merdeka

“Bagi kesalahan berikutnya, RM150,000, manakala tempoh penggantungan lesen dinaikkan dari 10 ke 20 tahun.”

Demikian kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebelum itu, Shahidan daripada Barisan Nasional (BN) membangkitkan soalan berkenaan pindaan Akta 333.

Beliau turut bertanyakan sama ada hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap pemandu mabuk.

Ka Siong kemudian turut memaklumkan pindaan akan dilakukan terhadap had kandungan alkohol selarasn dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kerajaan juga akan meminda had kandungan alkohol yang dibenarkan, selaras dengan WHO.

“Iaitu, daripada 35 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 80 miligram (mg) alkohol dalam 100ml darah atau 107mg alkohol dalam 100ml air kencing.

“Kepada 22 mikrogram (μg) alkohol dalam 100ml nafas; 50mg alkohol dalam 100ml darah atau 67ml alkohol dalam 100ml air kencing,” jelasnya.

BACA > Hukuman mati pemandu mabuk ikut undang-undang sedia ada — Suara Merdeka

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu lagi, pindaan yang akan dibentang dalam sidang dewan kali ini turut mendapat sokongan masyarakat.

Menurut Ka Siong, kementeriannya menjalankan satu kaji selidik yang disertai sebanyak 345,021 responden secara dalam talian.

Kaji selidik tersebut dijalankan selama dua minggu bermula dari 21 Mei hingga 4 Jun lalu.

“97 peratus responden memberikan maklum balas yang positif dan bersetuju bahawa kuantum hukuman sedia ada tidak memadai.

“Sebagai contoh, seramai 324,489 iaitu 94 peratus responden bersetuju agar kadar hukuman penjara dan denda.

“Kemudian, tempoh hilang kelayakan lesen memandu ditingkatkan ke atas pemandu yang disabitkan kesalahan memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

“Ia disokong bagi bagi memberi kesedaran kepada umum dan keinsafan kepada pesalah,” katanya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan beberapa siri kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian.

BACA > Sembilan produk cantikkan muka ada kimia berbahaya — Suara Merdeka

Insiden tersebut mencetuskan kembimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya. – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button