Johor negeri pertama tawar gaji premium Rm4,000-Rm5,000
JOHOR bakal menjadikan negeri pertama gaji kadar bermula dari RM4,000 hingga RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.
Perkata itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Langkah ini bertujuan untuk menarik bakat tempatan dan memastikan tenaga kerja yang berkualiti kekal berkhidmat di dalam negara.
Menurut laporan Harian Metro, hasrat Johor untuk merealisasikan penawaran gaji premium ini akan dilaksanakan melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC), yang dilancarkan baru-baru ini.
JTDC akan berperanan dalam memastikan tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat disediakan bagi memenuhi keperluan industri susulan pembukaan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negeri tersebut.
“Johor adalah negeri pertama yang menubuhkan JTDC untuk melatih anak muda menjadi tenaga kerja berkemahiran tinggi,” kata Dr. Ahmad Zahid. “Apa yang dilakukan oleh Johor adalah menetapkan gaji permulaan sebanyak RM4,000 untuk diploma dan RM5,000 untuk ijazah sarjana muda. Setakat ini, tiada negeri lain yang menawarkan gaji premium seperti ini; Johor berada di hadapan.”
Tambah beliau, inisiatif ini adalah penting dalam menghadapi persaingan dari negara jiran, seperti Singapura, yang menawarkan gaji minimum sekitar $1,500 (bersamaan RM5,290). Gaji minimum di Malaysia pula dijangka dinaikkan kepada RM1,700 pada Februari depan. Justeru, Dr. Ahmad Zahid menegaskan keperluan untuk menawarkan gaji lebih kompetitif di Johor bagi mengelakkan bakat tempatan “mengalir keluar” ke luar negara.
Beliau juga menambah bahawa kewujudan beberapa zon ekonomi, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal diperkenalkan, akan menyumbang kepada penyediaan 100,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di Johor dalam masa terdekat.