Hiburan

Fazura terkilan keluarga Fattah langsung tidak hubungi bertanya khabar

PELAKON dan usahawa, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa yang mendalam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin, yang didakwanya tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki hubungan mereka walaupun sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung. Fazura, yang mengharapkan lebih daripada sekadar mesej ringkas, menyatakan kekecewaannya apabila Fattah dilihat hanya mengambil langkah-langkah separa untuk memulihkan keadaan, sedangkan hatinya hancur menunggu suaminya kembali dan memujuk.

“Kami sudah tidak tinggal sebumbung selama dua bulan. Dalam tempoh itu, saya berharap Fattah datang memujuk saya, bukannya hanya menghantar mesej ‘selamat pagi’, ‘selamat malam’, atau ‘saya minta maaf’. Itu terlalu cetek. Saya mahukan tindakan, bukan sekadar kata-kata,” jelas Fazura, ketika ditemui selepas prosiding kedua kes perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Dia juga berkongsi bahawa walaupun Fattah pulang ke rumah beberapa kali untuk berjumpa anak mereka, Nur Fatima Aisya, kunjungannya dilihat sekadar ‘melepas batuk di tangga’. “Dia balik beberapa kali, tapi hanya untuk berjumpa Fatima, ambil pakaian, dan sekali lagi pada hari saya failkan perceraian. Hati saya hancur, tapi tiada usaha sebenar dari pihaknya untuk menyelamatkan hubungan ini.”

Lebih pedih, Fazura turut mendedahkan bahawa keluarganya mentuanya tidak memberikan sokongan atau sebarang bentuk bantuan emosi sepanjang kemelut rumah tangganya. Walaupun dia menganggap keluarga Fattah seperti keluarganya sendiri, termasuk memastikan mereka sentiasa terlibat dalam percutian keluarga, perasaannya terlukanya apabila mereka seolah-olah tidak ambil peduli tentang nasibnya dan anaknya.

“Saya kecewa. Mereka tak bertanya tentang saya atau Fatima. Tapi, saya dah maafkan semua. Mungkin ini ketentuan Allah,” katanya dengan nada tenang.

Fazura dan Fattah akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada pagi tadi, menamatkan tujuh tahun perkahwinan mereka. Pasangan ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button