Jenayah

Pelabur mata wang asing dituduh bunuh Cikgu Istiqomah dengan kejam

PELABUR mata wang asing dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan membunuh guru, Istiqomah Ahmad Rozi 33 pada Disember lalu.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa 10.45 pagi, di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Medan Klebang Mewah, Chemor, Perak kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu melakukan bunuh terhadap Istiqomah di tepi jalan Kampung Tanjun Rimau Luar, Pulau Sebang, di sini, antara 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023.

Jika disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara minimun 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim, dibantu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azfar Mahmod dan Sharina Farhana Nor Sa’ari memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat.

Muhammad Nazrin turut membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh mengikut peruntukan Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah.

Kreadit Harian Metro

Artikle Berkaitan :>

Utama

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button