Dua angkasawan terkadas di ISS sehingga tahun hadapan
KEMUNGKINAN dua angkasawan yang terkandas di angkasa mungkin tidak dapat kembali ke Bumi sehingga 2025 disebabkan masalah yang dihadapi kapsul Starliner baharu Boeing, berita itu disampaikan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) pada Rabu lalu.
Menurut laporan berita Jerman (dpa) kedua-dua anak kapal Starliner, angkasawan AS Barry Wilmore dan
Sunita Williams kini berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak Jun, walaupun pada awalnya mereka hanya dijadualkan berada di stesen itu selama seminggu.
Selepas dilancarkan dari pusat angkasa lepas Cape Canaveral di Florida, kapal angkasa itu hanya dapat berlabuh dengan ISS pada percubaan kedua kerana masalah enjin.
Kapal angkasa itu turut mengalami kebocoran helium. NASA memaklumkan dua pilihan bagi membawa pulang
angkasawan ke Bumi sedang dibincangkan.
Pilihan pertama melibatkan pasangan itu kembali dengan Starliner. Bagaimanapun, kapal angkasa itu perlu diperbaiki terlebih dahulu.
Pilihan kedua adalah menangguhkan dua daripada empat angkasawan dari misi SpaceX Crew 9, yang dijadual dilancarkan pada September
.
Wilmore dan Williams kemudian boleh kembali ke Bumi bersama kru pada Februari.
Kreadit:> Bernama
Roket Soyuz Russia berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa