Hiburan

Westlife masih kekal di hati peminat di Malaysia

KUMPULAN penghibur Westlife berasal dari Ireland baru-baru ini telah adakan konsert di Malaysia pada 9 Jun lalu di Arena of Stars, Genting Highlands.

Ini merupakan konsert siri jelajah buat kali kedua mereka ke Malaysia, membawakan 20 buah lagu yang menagmi kenangan.

Menurut Shane Filan, dia berasa bangga kerana dapat kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat.

‘’Perasaan dapat bertemu anda semua indah sekali. Banyak kenangan manis kami rasai sepanjang berulang kali ke sini dan banyak negara lain.

‘’Kami sudah menjayakan sebanyak 119 konsert dalam tempoh dua tahun bermakna empat, lima persembahan besar setiap bulan.

Related Articles

‘’Malaysia, we’re flying without wings (kami terbang tanpa sayap).

 

Antara lagu popular yang dipersembahkan oleh Westlife pada konsert tersebut ialah Nothings Gonna Change My Love For You, Flying Without Wings, Starlight, We Are The Champions, Uptown Girl, My Love, Beautiful In White, What Makes A Man dan More Than Words.

 

Konsert tersebut lebih menarik apabila Nicky mengajak peminat yang hadir untuk menyalakan lampu telefon bimbit mereka serta mengikut arahannya untuk ‘angkat tangan, turun tangan’ bagi tujuan rakaman dan ia akan dimuat naik di akaun Instagram Westlife.

Sebelum ke Malaysia, Westlife telah menghiburkan peminat mereka di Beijing, Shenzhen, Shanghai, China, disusuli Korea, Vietnam dan kini menuju Indonesia serta Singapura.

Artikle Berkaitan :>

Walaupun penonton merungut pasal kerusi namun tetap terhibur dengan persembahan Westlife.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button