Nasional

Covid-19: Kerajaan tidak bercadang laksana PKP, tetapi perkukuh pengurusan

PELAKASANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) tiada dalam perancangan kerajaan ketika ini walaupun kes Covid-19 melonjak melebihi 20,000 kes ketika ini.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, buat masa ini pihak Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan memperkukuhkan pelan pengurusan COVID-19.

Katanya, ia melalui lima strategi utama – pemerkasaan awal; pemerkasaan komuniti melalui TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko berkesan; dan pendigital sistem kesihatan melalui MySejahtera.

“Saya harap akan ada penjelasan dalam unjuran ke hadapan, bagaimana kami letakkan strategi KKM dalam menghadapi lonjakan COVID-19 atau surge, yang juga diperhatikan di negara jiran.
“Malaysia sedang menghadapi peningkatan kes yang mendadak, dan KKM harap situasi ini dapat dilalui tanpa perlu kita ulangi sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku pada awal pandemic COVID-19.
“Tidak mengulangi PKP kerana ada yang bertanya dalam ciapan laman X, apakah banyak kegusaran di situ, jadi saya jelaskan, tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP,” katanya kepada sidang media khas di Putrajaya, sempena peningkatan kes COVID-19 hari ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button