Nasional
70,000 guru sudah terima vaksin, Menteri ingatkan guru ambil vaksin Covid-19
SEBANYAK 70,000 guru telah mengambil sekurang-kurang satu dos vaksin setakat ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya juga telah berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.
“Saya dan berbincang dengan Menteri dan minta supaya usaha untuk meningkatkan imunisasi guru-guru di bawah KPM ditingkatkan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut Dr. Radzi, beliau juga mengingatkan guru-guru supaya dapat hadir untuk mengambil vaksin jika dijemput.
Tambahnya, beliau juga mahukan supaya semua guru dapat divaksin dalam masa terdekat. -SM