Nasional

300 Wanita Hebat Dirai dalam “Raya Meletop” KWDIG di Kuala Lumpur

MAJLIS yang menghimpunkan 300 wanita daripada pelbagai latar belakang — termasuk pemimpin NGO, usahawan dan ahli korporat — dalam suasana eksklusif bertemakan “Raya Meletop”, simbol ekspresi diri, keyakinan dan keanggunan wanita masa kini, telah berlangsung meriah di UTM Hotel & Residence Kuala Lumpur. Acara berprestij ini dianjurkan oleh Komuniti Wanita DIG (KWDIG) bersempena sambutan Majlis Hari Raya & Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025.

Pengasas DIG, Datin Ira Ghani sedang menyampaikan ucapan

Majlis ini bukan sekadar meraikan Aidilfitri, malah menjadi pentas untuk mengiktiraf kejayaan wanita luar biasa yang berjaya mengubah kehidupan dan membina empayar dalam dunia keusahawanan. Dua tokoh usahawan wanita, Puan Rosdziah Mohd Zainudin (D.Alam Academy) dan Puan Zawani Mohd Yusoff (Wanis Shielout) diangkat menerima Anugerah Wanita Cemerlang Madani 2025 atas sumbangan besar mereka memperkasa ekonomi komuniti wanita serta semangat gigih membangunkan perniagaan dari bawah.

Pengasas KWDIG, Datin Ira Ghani berkata, penganjuran ini bertujuan mengeratkan hubungan komuniti di samping memberi pengiktirafan kepada wanita inspirasi yang telah berani melangkah jauh ke hadapan.

Antara tetamu VIP yang hadir dalam meriahkan majlis Hari Raya DIG

“Majlis ini membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk tampil ke hadapan dan membuktikan kebolehan diri. Kami percaya kejayaan mereka akan menjadi pencetus semangat kepada wanita lain untuk turut bangkit dan mencapai kejayaan,” jelas beliau.

Menariknya, ini adalah kali pertama anugerah pengiktirafan ini diberikan khas kepada wanita yang bermula daripada bawah dan sebelum ini kurang dikenali ramai. Majlis turut dimeriahkan kehadiran Datuk Seri Dr Hajah Zurainah Musa sebagai tetamu kehormat, yang juga Penasihat Komuniti Wanita DIG serta rakan strategik HAWA Malaysia dalam kluster keusahawanan dan ekonomi.

Antara wanita yang terima anugerah dari DIG

Penganjuran mendapat sokongan padu pelbagai pihak seperti DIG Holding Sdn Bhd, MZ Empire Resources, Mega Lux Auto, Oxwise, Aayana, DIG MedicHome dan Aura Seri. Dalam usaha memperkasakan wanita, majlis turut mengumumkan pelancaran projek khas DIG MedicHome, inisiatif yang bakal membantu wanita di seluruh negara dari segi kesihatan, ekonomi, kewangan dan kesejahteraan. Lebih istimewa, mentor keusahawanan berpengalaman lebih 27 tahun turut menawarkan bimbingan percuma untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button