Nasional

Asrama pelajar UUM terbakar

ALOT SETAR: Sebuah asrama pelajar tiga tingkat di Universiti Utara Malaysia (UUM), hampir musnah dalam kebakaran hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, bangunan itu hampir 80 peratus terbakat.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.55 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dan Jitra tiba di lokasi jam 11.08 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati tingkat tiga asrama pelajar itu sedang terbakar namun tiada pelajar di dalamnya.

“Api berjaya dikawal jam 11.20 pagi dan setakat ini kerja overhoul sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button