Nasionalpilihan

Lelaki maki penjual nasi lemak kerana ditegur tak pakai pelitup muka akhirnya ditahan

SEORANG lelaki yang bertindak menengking seorang penjual nasi lemak selepas ditegur tidak memakai pelitup muka sudah ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, suspek ditahan di rumahnya yang terletak berdekatan lokasi gerai berkenaan di Jalan Desa Bakti, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Suspek kini ditahan reman selama dua hari sehingga esok dan disiast di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana melakukan ugutan jenayah.

“Suspek juga akan disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya.

Semalam, tular di media sosial berkenaan rakaman seorang lelaki yang telah bertindak memaki hamun penjual nasi lemak dan seorang pelanggan lain selepas ditegur tidak memakai pelitup muka.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi dan satu laporan polis juga telah dibuat pada pukul 3.40 petang semalam oleh anak kepada penjual nasi lemak tersebut. -SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button