Nasional

Pembinaan hospital medan di Melaka ditangguhkan

ALOR GAJAH: Hasrat untuk membangunkan sebuah Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jasin bagi menyokong fasiliti kesihatan negeri terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata penangguhan itu dilakukan selepas pihak ATM memutuskan menyalurkan aset mereka kepada negeri yang mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi.

“Seperti sedia maklum, kita telah memohon kepada pihak ATM melalui Kementerian Pertahanan bagi pembinaan hospital medan di Jasin memandangkan kebergantungan kita hanya kepada Hospital Melaka.

“Tetapi dalam mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) negeri semalam, saya difahamkan ATM telahpun mengeluarkan aset mereka ke negeri yang berjangkitan tinggi seperti Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Mujid Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Sulaiman berkata pihaknya akan terus berusaha supaya hospital medan dapat diwujudkan di Melaka dan berharap ia dapat dipertimbangkan oleh kerajaan.

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button