Nasional

56 kilang, premis perniagaan diarah tutup semalam – TPM

SEBANYAK 56 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan telah diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang ditetapkan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sejumlah 2,568 kilang, 16,960 premis perniagaan, 900 tapak pembinaan dan 379 buah asrama penempatan pekerja telah diperiksa oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan.

Sementara itu dua lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai 11 Julai sehingga 24 Julai.

Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dikenakan PKPD selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 94 kes positif hasil saringan ke atas 598 orang penduduk.

Manakala Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah dikenakan PKPD selepas 9 daripada 16 ujian saringan dilaporkan positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Sementara itu, PKPD di Jalan Kubur, Kuala Lumpur yang dijadualkan tamat hari ini dilanjutkan sehingga 15 Julai.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD, KKM telah melakukan 492 ujian saringan dan 258 daripadanya dilaporkan positif COVID-19

“KKM juga mendapati kes masih menular dalam kalangan penduduk selain terdapat kes baru direkodkan di lokaliti tersebut,” kata Ismail Sabri.

Beberapa lokaliti di Sabah ditamatkan hari ini iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, Sandakan; Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan; Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih, Tawau dan Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar, Sandakan.

PKPD di Kampung Segambut Dalam, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur turut ditamatkan.-SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button