BeritaNasional

5 Jun penerbangan pulang terakhir mahasiswa

Penerbangan terakhir membawa pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) Sabah dari Semenanjung dan Sarawak dijangka pada 5 Jun ini.

Menurut Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yacob, kerajaan negeri komited memastikan kira-kira 11,000 pelajar IPT Sabah dapat dibawa pulang.

BACA > 2 ADUN PKR keluar parti, 3 Bersatu antara 10 exco baru Kedah — Suara Merdeka

Namun ia perlu dilakukan secara berperingkat bagi memenuhi prosedur operasi standard demi menjamin keselamatan serta kesihatan mereka.

Katanya, pematuhan berkenaan amat penting dalam membendung penularan COVID-19.

Tidak semua pelajar dapat dibawa pulang sebelum Hari Raya serta Pesta Kaamatan.

PENERBANGAN PULANG
YUSOF YACOB

Justeru, beliau berharap ibu bapa dan para pelajar terbabit memahami perkara berkenaan.

“Saya tahu memang ada yang merasa tidak puas hati tentang perkara ini. Kami (kerajaan negeri) telah mengkoordinasikan dengan sebaiknya.

BACA > Wanita maki polis ketika sekatan jalan raya Covid-19 didenda RM3,100 — Suara Merdeka
BACA > Lebih baik pergi ke Pasar Borong Selayang’ , buat perbicaraan – Hakim — Suara Merdeka

“Namun kita perlu mempertimbangkan aspek keselamatan dan kesihatan bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan sekumpulan pelajar IPT pulang ke Sabah melalui penerbangan sewa khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Sebanyak empat penerbangan dari Kuala Lumpur dan Sarawak membawa pulang 1,027 pelajar IPT tiba di KKIA pada hari ini.

Diikuti empat lagi penerbangan esok melibatkan 906 pelajar, manakala penerbangan seterusnya dijadualkan pada 27 dan 28 Mei ini.

BACA > Tolong jangan balik kampung, kalau sayang mak! — Suara Merdeka
BACA > Mayat hampir reput dalam semak — Suara Merdeka

Yusof berkata kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan bekerjasama membiayai kos penerbangan pelajar IPT terbabit dengan Sabah membelanjakan kira-kira RM2.7 juta bagi kos itu. – BERNAMA

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button