fbpx
Berita

Lelaki Indonesia seludup 500 karton rokok ditahan

POLIS menahan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai cuba menyeludup 500 karton rokok dianggarkan bernilai RM50,000.

Penahahan itu dibuat sekat sebuah stesen minyak, di Jalan Felda Gugusan Adela, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.

BACA > Mayat hampir reput dalam semak — Suara Merdeka

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata, lelaki berumur 35 tahun yang memandu kereta Proton Waja itu ditahan kira-kira 8 pagi.

Suspek ditahan selepas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, mendapat maklumat.

“Hasil pemeriksaan terhadap lelaki terbabit dan kereta berkenaan, polis menemui 10 kotak besar yang di dalamnya berisi 500 karton rokok seludup.

“Rokok pelbagai jenama itu disorokkan di dalam kenderaan tersebut,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

BACA > Wanita maki polis ketika sekatan jalan raya Covid-19 didenda RM3,100 — Suara Merdeka

Ahsmon berkata, semakan mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah dan dia kemudian dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata pihaknya sehubungan itu, memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan drastik kepada penyeludup serta mereka yang bersekongkol. – BERNAMA

BACA > Anwar tidak hadir sidang akhbar Tun M kerana bukan sidang akhbar PH — Suara Merdeka

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button