fbpx
Berita

Mayat hampir reput dalam semak

MAYAT seorang lelaki yang hampir reput ditemui di dalam semak di Kampung Balik Bukit di sini, petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 6.44 petang.

BACA > COVID-19: Thailand sudah ada vaksin, sedia diguna tahun depan — Suara Merdeka

Beliau berkata mayat dipercayai seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Sek Chee Chuan, 50, ditemui dalam keadaan terlentang.

Mayat hampir reput itu ditemui pada jarak 100 meter dari jalan utama.

“Ketika ditemui, mayat tersebut dalam keadaan memakai baju t-shirt berwarna hijau, tidak berseluar dan berselipar biru.


BACA > Pensijilan ‘MyGAP’ Penting Kepada Industri Harumanis Perlis – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

“Lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira lima hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rozak, ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan untuk membuat pengecaman.

Tambahnya mayat tersebut dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. – BERNAMA

BACA > Rakyat tak kisah siapa Perdana Menteri asalkan… — Suara Merdeka

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button