Nasional

44 kontak rapat pelajar Mesir di Kelantan negatif COVID-19, perlu jalani kuarantin

SERAMAI 44 kontak rapat dengan empat pelajar Kelantan positif COVID-19 yang pulang dari Mesir disahkan negatif hasil ujian saringan dilakukan.

Kesemua kontak rapat berkenaan terdiri daripada ahli keluarga empat pelajar berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, mereka tetap perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di kediaman masing-masing walaupun ujian awal didapati negatif.

“Setakat ini kesemua kontak rapat kepada empat pelajar berkenaan sudah dikesan. 44 kontak, semua,” katanya.

44 kontak rapat pelajar Mesir di Kelantan negatif COVID-19, perlu jalani kuarantin

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob di Kota Darul Naim, semalam.

Mengenai empat pelajar berkenaan, Zaini berkata, mereka kini dalam keadaan stabil dan akan menjalani rawatan selama dua minggu di Hospital Tumpat.

Menjelaskan kes mereka, beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membuat saringan di lapangan terbang sebaik mereka tiba di Malaysia, namun disahkan negatif.

“Bagaimanapun, selepas ujian swab kali kedua, mereka didapati positif,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, KKM memaklumkan terdapat 11 kes import membabitkan pelajar dari Mesir terdiri dari pelbagai negeri.

Pada 11 Jun lalu, KKM memaklumkan sejumlah 11 kes import dilaporkan membabitkan warga Malaysia yang pulang dari luar negara, berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital di beberapa negeri.

KKM semalam menafikan dakwaan bahawa empat pelajar dari Mesir yang positif COVID-19 dibenarkan pulang ke negeri asal mereka, Kelantan dan sedang dirawat di hospital di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, pelajar dari luar yang dibawa pulang ke negara ini perlu menjalani ujian swab dan jika didapati positif akan dimasukkan ke wad dan diasingkan di pusat kuarantin di Melaka.

Beliau menambah, pelajar hanya dibenarkan pulang ke kampung jika ujian swab didapati negatif. – ASTRO AWANI-SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button