EkonomiRencah Hidup

3M Perkenal dua gunting dapur baharu bagi mencegah pencemaran silang semasa menyediakan makanan

SYARIKAT sains bertaraf global, 3M meluaskan barisan produk gunting dapurnya menerusi pelancaran Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors.

Hadir dengan tiga warna berbeza – merah, hijau, dan ungu untuk memudahkan pengecaman dan pencegahan pencemaran silang, kini sesiapa sahaja boleh menyediakan juadah pilihan mereka dengan mudah menggunakan gunting-gunting ini secara khusus untuk memotong sayur-sayuran, tulang daging mentah atau yang telah dimasak misalnya.

Gunting dapur merupakan salah satu alat memasak yang paling lazim digunakan di dapur.

Ia bukan sahaja memudahkan proses penyediaan makanan, malah turut berciri serbaguna. Bagaimanapun, biasanya, kebanyakan individu menggunakan gunting dapur yang sama untuk pelbagai tujuan seperti memotong buka bungkusan makanan, mengumpil tin, menggunting herba dan sayur-sayuran, memangkas lemak, meleraikan daging mentah, atau menyiang ikan.  Ia boleh menjurus kepada penyebaran bakteria yang mengakibatkan pencemaran makanan.

Menggunting tulang dengan Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors Mengutamakan faktor kebersihan penyediaan makanan, Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors diberi warna merah untuk bahan mentah, dan ungu untuk makanan yang telah dimasak.

Bilah bersalut titanium menambah kekuatan gunting tersebut kerana titanium adalah empat kali ganda lebih kuat berbanding keluli tahan karat, membolehkannya memotong tulang ikan misalnya, termasuk sendi dan kepak ayam dengan mudah sambil mengekalkan ketajaman.

Bilah kalis lekat dan minyak ini juga dapat diceraikan bagi memudahkan proses pembersihan. Ia bukan sahaja mencegah pembiakan bakteria pada celahan bilah gunting tersebut, malah turut mengurangkan peluang berlakunya pencemaran makanan.

Tambahan lagi, material bilah tersebut mengelakkan gunting ini daripada berkarat, sekali gus meningkatkan daya tahannya di dapur.

Menggunting semudah ABC dengan Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors

Bukan seperti gunting dapur keluli tahan karat yang terdapat di pasaran, Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors yang didatangkan dengan pemegang dalam warna hijau telah melalui proses penggilap elektro 3M bagi meningkatkan keupayaan material keluli tahan karatnya untuk melawan kakisan.

Ia membolehkan gunting ini dibersihkan dengan mudah, lantas mengurangkan risiko pembiakan bakteria. Bukan itu sahaja, pemegangnya boleh digenggam dengan lebih selesa, sesuai bagi mereka yang meluangkan masa yang panjang di dapur.

Stephanie Ng, Pemasar Pembeli-Belah di 3M Malaysia, berkata “Pada zaman ini, di mana hampir semuanya adalah serba segera, kebanyakan kita ingin memudahkan sesuatu tugas dengan secepat yang mungkin.

Bagaimanapun, demi keselamatan dan kesihatan, ramai yang terpaksa menghabiskan masa di dapur untuk menyediakan makanan dan melalukan kerja membersih untuk tempoh yang panjang sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa berkualiti dengan diri sendiri atau insan tersayang.

Di 3M, kami percaya bahawa suatu tugas yang penting nilainya harus dipadankan dengan alat yang tepat. Atas sebab ini, kami telah memperkenalkan Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors.”

“Tidak dapat dinafikan bahawa makanan merupakan sebahagian daripada identiti Malaysia. Berbekalkan matlamat 3M untuk memperbaiki kehidupan seharian orang ramai, kami ingin menjadikan proses penyediaan makanan lebih mudah dan segera, pada masa yang sama, turut memelihara keselamatan pengguna.

“Dengan tiga produk gunting baharu ini, kami berhasrat untuk menggalakkan orang ramai menggunakan gunting dapur secara khusus bagi tujuan tertentu bagi mencegah pencemaran silang yang boleh berlaku ketika menyediakan makanan.

“Dengan memiliki gunting yang lasak dan dapat memotong sayuran, daging, dan tulang lembut dengan mudah, juga sebagai alternatif kepada pisau dan papan pemotong, kami percaya bahawa tempoh yang diluangkan di dapur juga dapat disingkatkan.

“Justeru, pengguna boleh meluangkan lebih banyak masa dengan insan tersayang khususnya menjelang musim perayaan yang bakal tiba,” simpul beliau.

Tersedia di pasar raya, kedai-kedai khusus, serta Kedai Utama 3M di Lazada dan Kedai Rasmi 3M Malaysia di Shopee, Scotch™ Anti-Bacterial Premium Kitchen Scissors dan Scotch™ Detachable Titanium Kitchen Scissors masing-masing ditawarkan pada harga RM48.00 dan RM61.20.

(Visited 528 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button