3 lagi fasiliti BMW i Charging baharu disediakan di Pulau Pinang
BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto telah menyediakan tiga fasiliti BMW i Charging yang baharu di Pulau Pinang, bertempat di The Prestige Hotel, George Town dan Light Hotel, Seberang Jaya.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Kami telah bekerja rapat dengan jaringan wakil pengedar kami serta para pemegang tara yang utama menjelang perungkaian BMW i pada tahun 2015 untuk memastikan infrastruktur pengecasan yang dikehendaki dapat disediakan bagi kegunaan kenderaan elektrik di dalam negara. Kami di BMW percaya bahawa masa hadapan kita akan berlandaskan elektrik dan tanggungjawab untuk memacu industry kenderaan elektrik ke hadapan di Malaysia adalah tanggungjawab yang harus dipikul bersama, termasuk rakan pengedar kami seperti Tian Siang Premium Auto.”
Tan Ka Kin, Prinsipal Pengedar Tian Siang Premium Auto menyatakan, “Tiga fasiliti BMW i Charging yang baharu menyusuli sepuluh fasiliti sedia ada yang kami telah perkenalkan sebelum ini di Ipoh dan Pulau Pinang. Sementara kami melanjutkan usaha memperluaskan lagi rangkaian infrastruktur pengecasan di negeri-negeri ini, kami juga berharap agar keyakinan terhadap kenderaan elektrik akan terus meningkat dalam kalangan orang ramai.”
Pengurus Besar The Light Hotel, Raj Kumar, turut berkongsi sentimen mengenai trend kenderaan elektrik ini, tambah beliau, “Waktu ini adalah amat sesuai bagi hotel kami untuk memudahkan peralihan gaya hidup generasi masa kini. Dengan membekalkan fasiliti BMW i Charging di sini, kami berharap ia dapat menarik tetamu dan prospek perniagaan yang mementingkan amalan lestari demi kesejahteraan alam sekitar kita.”
Melvin Ooi, Pengurus Besar The Prestige Hotel juga berasa teruja dengan kolaborasi yang dijalin ini kerana ia membantu menunaikan permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna terhadap infrastruktur pengecasan.
Tian Siang Premium Auto sebelum ini telah memperkenalkan fasiliti-fasiliti BMW i Charging di Ipoh yang terletak di WEIL Hotel dan Banjaran Hotsprings Retreat, serta Pulau Pinang di Gurney Paragon Mall dan Iconic Hotel. Inisiatif ini mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk menggiatkan kegunaan kenderaan elektrik di Malaysia yang selari dengan matlamat elektrifikasi negara ini bagi tahun 2022. – SM
Kredit: EnjinDotCom