Alam SekitarBanjir

Abang Viva ingin turun ke Johor

‘ABANG Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 29, merancang untuk membantu mangsa banjir di Johor jika keadaan memerlukan.

Menurutnya, dia telah mengambil cuti tanpa gaji daripada majikannya semata-mata ingin meneruskan khidmat masyarakatnya untuk membantu mangsa banjir khususnya di Johor jika keadaan di situ semakin buruk.

“Sejak menolong mangsa banjir di Puchong, Shah Alam dan Temerloh di Pahang, jiwa saya ingin pula menabur bakti untuk menolong mangsa banjir di Johor pula.

“Menyelamatkan mangsa banjir di tiga kawasan iaitu di Puchong, Shah Alam dan Temerloh adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” ujarnya hari ini.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia puashati kerana usahanya datang dari Melaka ke Puchong yang pada mulanya untuk membantu kakaknya apabila rumah dinaiki air tidak sia-sia menjadi titik tolak dia turut menolong beberapa mangsa lain di Taman Sri Muda.


Sementara itu, keringat Azwan dihargai apabila kerajaan negeri menggelarnya sebagai ‘Hero Banjir’ dan menerima sumbangan atas jasa yang dilakukan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Seri Negeri hari
ini.

‘Wira Banjir’ itu menerima sumbangan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali atas jasa yang dilakukannya membantu menyelamatkan mangsa banjir di Puchong, Shah Alam dan Temerloh, Pahang baru-baru
ini.

Mengulas lanjut Azwan berkata, dia mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan gelaran yang diberikan oleh kerajaan negeri atas usahanya itu.

“Apa yang lakukan ini adalah ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang sumbangan. Ini sebenarnya menyemarakkan semangat saya untuk terus membantu mangsa banjir yang memerlukan.

Setakat ini, dia telah menerima dua penghargaan daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Adiwira Prihatin Musibah iaitu Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam di Temerloh Pahang dan APM Melaka. – SM

(Visited 111 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button