Nasional

Potong elaun 10 peratus. 29 ADUN Pahang setuju

SEBANYAK 29 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang bersetuju untuk potong elaun mereka sebanyak 10 peratus.

Elaun itu akan dipotong selama tiga bulan dari April hingga Jun untuk Tabung COVID-19 negeri.

Mereka yang membuat potong elaun ialah wakil BN (14), Pas (lapan) dan DAP (tujuh).

Dua wakil PKR tidak membuat potongan gaji namun membantu rakyat dengan cara lain.

Persetujuan tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah (BN – Sungai Lembing), Rosli Abdul Jabar (Pas – Tanjung Lumpur) dan Lee Chin Chen (DAP – Bilut).

Kenyataan itu dimaklumkan kepada Suara Merdeka menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) telah mengisytiharkan potongan gaji semalam.

Usaha itu sebagai manifestasi empati dan solidariti ADUN-ADUN terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut kenyataan bersama itu lagi, adalah diharapkan agar pemotongan elaun ADUN-ADUN berkenaan mampu meringankan beban rakyat, sekali gus menyemarakkan lagi sumbangan pelbagai pihak lain kepada Tabung COVID-19 Pahang.

BERITA BERKAITAN:

Hari ini Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan gaji Menteri Kabinet akan dipotong dua bulan  bagi disalurkan ke Tabung COVID-19. Pemotongan itu termasuk gaji Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Gaji menteri dipotong bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Setakt ini Malaysia mencatatkan 23 kematian dan jumlah kes positif COVID-19 ialah 2,031.

Setakat ini 215 pesakit sudah pulih dengan 45 orang masil dalam unit rawatan rapi.

Perintah Kawalan Pergerakan sedang dikuatkuasakan di negara ini sejak 18 Mac hingga 14 April untuk mengawal pergerakan orang ramai dalam usaha membendung wabak tersebut. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button