Nasional

Potong gaji menteri: Syed Saddiq ucap tahniah

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet terhadap langkah potong gaji selama dua bulan untuk disumbangkan kepada Tabung Covid-19.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, pemimpin perlu membuktikan bahawa mereka bersama-sama rakyat ketika waktu yang mencabar ini dengan penularan wabak COVID-19.

Syed Saddiq juga mahu agar semua pihak memecahkan tembok politik dan bersatu memerangi wabak COVID-19.

“Tahniah kepada YAB PM dan jemaah menteri yang menyumbangkan gaji kepada Tabung COVID-19. Dalam masa yang mencabar ini, kita perlu buktikan bahawa susah dan senang, kita bersama dengan rakyat.

“Pecahkan tembok politik yang memisahkan kita dan bersatu memerangi COVID-19. Moga Allah swt sentiasa bersama dengan kita semua,” kata Syed Saddiq.

Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk memotong  gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri selama dua bulan untuk disalurkan ke Tabung Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

Langkah itu bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu. Sehingga semalam tabung tersebut telah menerima  sumbangan berjumlah RM8,493,103.48.

BERITA BERKAITAN:

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan gaji  menteri akan dipotong dua bulan  bagi disalurkan ke Tabung COVID-19. Pemotongan itu termasuk gaji Perdana Menteri.

 Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Gaji menteri dipotong bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19. -SM

 

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button