Nasional

2,295 kes baharu, 9 maut, 9 kluster baharu

KES sembuh hari ini mencatatkan bilangan sembuh harian tertinggi iaitu seramai 3,321 orang.

Namun kes baharu Covid-19 masih lagi melebih 2,000 kes iaitu 2,295 orang dijangkiti virus tersebut.

Selangor masih mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 638 kes diikuti Johor (580) dan Pulau Pinang (288).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 22,398 kes.

“Sehingga kini, terdapat 125 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu sembilan kematian direkodkan dengan dua kes masing-masing berlaku di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sementara masing-masing satu kes di Perak, Sabah dan Kelantan.

Mangsa melibatkan enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 41 tahun hingga 82 tahun.

Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 483 kes.

Manakala sembilan kluster baharu direkodkan iaitu masing-masing dua kluster di Johor dan Selangor sementara masing-masing satu kluster di Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Empat kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Seri Wangsa, Kluster Batu Lima, Kluster OAD dan Kluster Kasah.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 229 kluster.  Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Harum (206 kes), Kluster Bukit Pasir (174 kes) dan Kluster Tapak Bina Lebuh (137 kes).-SM

 

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button