Berita

14 banduan menunggu dibebaskan

Seramai 14 banduan di Penjara Seberang Perai, Jawi dekat sini yang menunggu untuk dibebaskan dalam tempoh sebulan ini disahkan positif COVID-19 pada Ahad.
Pengarah Penjara Seberang Perai Zulkifli Abdul Manah berkata semua banduan itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kedua COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kini menjadi prosedur penjara, bagi banduan menunggu untuk dibebaskan mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 untuk memastikan mereka bebas daripada wabak itu, supaya virusnya itu tidak terus menular apabila mereka dibebaskan nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sehingga kini, Penjara Seberang Perai mencatatkan 270 kes positif COVID-19 dengan tiga kes aktif melibatkan pegawai penjara, yang semuanya telah pulih dan dibenarkan keluar Hospital Pulau Pinang.
Penjara Seberang Perai dan kawasannya termasuk kuarters kakitangan, yang melibatkan 2,110 banduan, 1,129 kakitangan penjara dan anggota keluarga serta 32 kakitangan kerajaan, kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 4 Nov ini.
— BERNAMA
(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button