Nasional

Ramai berhasrat untuk menunaikan umrah, ini info yang kita perlu tahu

Naim Shauqy salah seorang pemilik syarikat pengurusan haji dan umrah berkongsi di Facebook beliau tentang maklumat berhubung prosedur untuk melaksanakan umrah.
Antaranya pemohon hendak berusia 18 hingga 50 tahun sahaja. Dan yang paling penting diberi perhatian ialah kosnya pastinya berkali ganda.
Berikut info yang dikongsi Naim https://www.facebook.com/naimshauqy
UMRAH… UMRAH… UMRAH…
.
Ramai dah mula citer balik pasai UMRAH. Meh dengar beberapa info utk dipertimbangkan DENGAN SERIUS:
.
1. PKP B ke D ke belum habis lagi ya utk rakyat Malaysia.
2. Kes Covid di Malaysia semakin menjadi jadi dan merata rata.
3. Umur pra syarat utk memohon kebenaran Permohonan Visa Umrah hanya 18tahun hingga 50tahun SAHAJA ya.
4. Kementerian Pelancongan, Imigresen, Kedutaan Saudi, Wisma Putra dan MKN takda buat sebarang kenyataan lagi ya bab Umrah ni.
5. Larangan keluar negara bagi rakyat Malaysia masih lagi valid sehingga 31 Dec 2020.
6. Kena buat COVID TEST 72jam sebelum terbang!
7. Harga tiket penerbangan Umrah pun belum tau lagi! Tu belum ambil kira byk syarikat penerbangan yg dah nak bankrap.
8. Bila tiba di Jeddah wajib diKUARANTIN 3 HARI ya Fullboard (makan penuh)! Kos kena tanggung ya!
9. Ibadah UMRAH HANYA dibenarkan 1x SAHAJA ya! Itupun ikut date dan time yg Saudi tetapkan!
10. Tempoh Jangka Masa nak buat Umrah hanya diberikan selama 3JAM SAHAJA!
11. Jadi wanita kena perati bebetul la tempoh suci dia cana kalau nak matchkan dgn giliran Umrah yg akan ditetapkan!
12. Pakej Umrah HANYA akan jadi 8 HARI SAHAJA!
13. PENGINAPAN HANYA 1 bilik berdua SAHAJA!
14. Penginapan HANYA di Hotel 4☆ atau 5☆ SAHAJA!
15. Tiada Pakej Umrah Private!
16. Kadar Cukai VAT di Saudi dah meningkat sebanyak 200% ya!
17. Dijangka semua jamaah akan diTAG samada menggunakan Tag Waist Band ataupun Smart Card bagi Urusan Pemantauan dan Pergerakan semasa di Saudi.
18. TIADA ZIARAH!
19. Bila sampai Malaysia WAJIB KUARANTIN 14 HARI ya! Kos tanggung sendiri!
20. Semasa kuarantin di Malaysia SWAB COVID 2x ya!
.
Ni lah perkara² dan isu² yg PERLU KITA PERTIMBANGKAN sebelum memohon utk menunaikan Umrah!
.
BUKAN nak menakut nakutkan korg TAPI ni lah FAKTANYA dan REALITINYA SEKARANG!
.
Wallahua’alam
(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button