JenayahUncategorized

102 ditahan libatkan kes dadah di Petaling Jaya

SEBANYAK 102 individu ditahan dalam Op Tegar Bersepadu melibatkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Petaling Jaya, Selangor pada awal pagi tadi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 99 lelaki dan tiga wanita telah ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah antaranya mengedar dan memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi bermula dari pukul 10 malam semalam hingga pukul 6 pagi tadi.

“Daripada jumlah keseluruhan tangkapan, 83 yang ditahan merupakan penagih dadah manakala 19 orang lagi ditahan dipercayai sebagai tokan (pusher) dadah.

“Jelasnya, turut ditahan ialah dua lelaki warga tempatan di bawah Langkah-Langah Pencegahan Khas 1985,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, selain tangkapan pihaknya turut merampas 3 kilogram dadah jenis ganja dan 112.1 gram heroin.

Jelasnya, menerusi operasi bersepadu itu, AADK memberi fokus untuk mengesan penagih dadah manakala pihaknya pula memberi tumpuan pada mereka yang membekalkan dadah (pusher).

“OP Tegar Bersepadu yang dijalankan di daerah Petaling Jaya ini akan diteruskan secara berkala di masa akan datang.

“Saya percaya kita telah memberi mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa PDRM dan AADK tidak berkompromi dengan gejala dadah ini,” jelasnya. -SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button