Jenayah

Syed Saddiq dipanggil Bukit Aman bawah Akta Hasutan

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dipanggol oleh Polis Diraja Malaysia untuk memberi keterangan berhubung temubual di stesyen Al-Jazeera.

Menurut Syed Saddiq beliau disiasat oleh Bukit Aman berikutan temubual bersama Mehdi Hasan dalam program Al-Jazeera.

“Temubual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac 2020. Hampir 4 bulan lepas. Saya dimaklumkan ia di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis. Berani kerana benar,” kata Syed Saddiq di Twitternya.

Syed Saddiq bagaimanapun tidak menjelaskan isu yang ditimbulkan beliau hingga dipanggil untuk memberi keterangan.

Media sebelum ini melaporkan dalam rancangan UpFront Al Jazeera bersama Mehdi Hasan, Syed Saddiq mengulas mengenai  kemelut politik yang melanda Malaysia di bawah Perikatan Nasional (PN) serta perihal Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu kembali berkuasa.

Dalam rancangan itu Ahli Parlimen Muar itu turut berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ tanpa pengetahuan Dr. Mahathir dan pentadbiran PN adalah tidak sah.

“Saya bertegas bahawa Tun M atau Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan atas kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH),” ujar Syed Saddiq seperti yang dilaporkan media.-SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button