Hiburan

Zizie Izette didakwa positif Covid-19 selepas hadir PRN Sabah

NAMPAKNYA isu berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah tidak hanya berkisar kepada pemimpin dan ahli politik yang terlibat, tetapi juga melibatkan isteri mereka.

Terbaharu, isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Zizie Izette pula didakwa positif Covid-19.

Menerusi mesej yang tersebar itu, Zizie Izette didakwa disahkan positif Covid-19 kira-kira dua hari selepas Bung Moktar ke Sabah.

“Artis Zizie Izette disahkan positif Covid-19. Dua hari lepas Datuk Seri Bung datang cptg, sedia la kalian yang bersalaman dan tidak patuh Tatacara operasi standard (SOP). Swab test!!” kata mesej yang tersebar itu.

Tidak pasti sama ada mesej itu tersebar itu bermotifkan politik atau sebaliknya, Zizie tampil memberitahu yang perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Fitnah. Saya jumpa suami pun tiada. Baru hari ini saya dapat jumpa dengan dia itu pun suami di atas pentas dan saya pula di bawah.

“Jangalah main fitnah waktu pilihan raya ini. Tidak bagus bah. Semoga kita semua dihindari daripada bahawa Covid-19,” katanya ketika bertemu dengan Bung Moktar ketika hadir kempen di Tongod.

Zizie juga mengesahkan yang suaminya berada dalam keadaan sihat dan amat mengutamakan aspek kesihatan dan kebersihan.

Untuk rekod, pelakon drama Cinderella itu mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button