Hiburanpilihan

Zizan Razak tolak kereta empat hari sampai demam-demam demi filem Juang!

Untuk menjayakan adegan menolak kereta yang terbalik akibat kemalangan, pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak perlu berada di set penggambaran tersebut sekurang-kurangnya empat hari.

Selain terpaksa berhujan daripada hujan tiruan, Zizan berkongsi cerita dia sehingga demam semata-mata untuk menjayakan babak tersebut dengan sempurna.

Namun demikian, pujian harus diberikan kerana menerusi watak Koperal Hafiq yang dibawa Zizan dalam filem Juang yang akan ditayangkan bermula 8 September depan.

Zizan berkata demikian dalam satu majlis selepas tayangan perdana filem Juang yang diadakan di DADI Cinema Pavillion, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut tentang penglibatannya lagi dalam filem tersebut, Zizan mengucap syukur kerana filem ini memberi peluang untuk dirinya berlakon dengan watak serius.


“Kalau sebelum ini, banyak pengarah memanggil saya untuk berlakon watak kelakar, gila-gila dan sebagainya namun dalam filem Juang, saya puas dapat uji kemampuan saya,” katanya.

(Visited 69 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button