Politik

Zaid Ibrahim ‘ajar’ Abdul Hadi maksud integriti

BEKAS Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menempelak Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ekoran status Presiden Pas di Facebook bahawa bahwa apa guna orang politik memegang majoriti besar kalau mereka tidak ada integriti.
Kata Zaid, rumusan daripada status Abdul Hadi itu jika mengikut kefahaman beliau ialah kalau parti seperti UMNO dan Pakatan Harapan mendapat kemenangan besar, itu semua tidak ada erti kerana mereka tidak ada integriti.
“Bagi Presiden Pas dan barisan kepimpinan hari ini, integriti itu bererti hanya ada pada orang yang belum dituduh atau tidak ada kes jenayah di mahkamah, sebaliknya ramai pemimpin UMNO sekarang ini (ramai menggelar kumpulan pemimpin ini “court cluster”) nampaknya tidak berintegriti.
I”ntegriti itu berbeza dengan keperluan majoriti. Ia dua konsep yang berlainan. Kerajaan yang sah di negara kita adalah kerajaan yang disokong oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih semasa pilihan raya umum,” kata Zaid..
Kata Zaid, integrit adalah sifat dan nilai seseorang seperti keikhlasan, keterbukaan, patuh kepada undang-undang dan tidak putar belit fakta untuk sesuaikan diri mereka dengan keadaan Semasa.
“Mereka bukan hipokrit, mereka tidak menyalahguna kuasa dan sebagainya. Orang yang dihadapkan di mahkamah, di mana keputusan muktamad belum selesai tidak termasuk dalam golongan orang yang tidak berintegriti.
“Contoh terbaik kumpulan orang yang tidak berintegriti termasuk mereka yang menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk kekal berkuasa melalui darurat.
“Contoh lain ialah menggunakan kuasa kerajaan untuk “memujuk wakil rakyat lompat parti, menggunakan wang kerajaan tanpa perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat, bercakap mengenai reformasi dan kerajaan cara Islam, tetapi tidak sanggup membuat perubahan “structural” dan menyeluruh dalam sistem pentadbiran negara secocok dengan kehendak negara demokrasi tulen.
“Akhir kata, biarlah rakyat menentukan siapa ada majoriti dan siapa ada integriti. Buatlah pilihan raya secepat mungkin supaya kita tidak lagi perlu bercakap mengenai hal-hal yang kita sendiri tidak faham atau tidak mahu faham,” katanya. – SM
(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button