Nasional

GRS tetap mahu MA63 ditunaikan

KERAJAAN Sabah melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap mahukan supaya semua perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditunaikan.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pendirian itu telah dibangkitkan sekali lagi dalam Mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara dalam talian, semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah berkata, kerajaan negeri dan persekutuan komited mahu menyelesaikan perkara itu dan perbincangan antara kedua-dua pihak masih berjalan.

“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan kerajaan persekutuan telah memberi respons yang positif.

“Kita juga harus ambil kira bahawa perdana menteri telah secara terbuka memberi komitmen dan jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan-tuntutan yang kerajaan negeri kemukakan,” katanya dalam satu kenyataan.


(Visited 118 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button