Auto Travel

Yamaha Y15ZR 2022 kini tampil dengan warna dan corak baharu

MODEL moped popular keluaran Hong Leong Yamaha Motor, iaitu Yamaha Y15ZR terus menerima kemaskini untuk model tahun 2022.

Untuk pasaran tempatan, terdapat sehingga empat pilihan warna dan corak grafik eksklusif yang boleh dipilih, iaitu warna Hijau, Cyan, Kelabu dan juga Biru.

Dari segi spesifikasi pula, ia masih lagi dikuasakan oleh nadi silinder tunggal 150 cc beserta sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa maksimum 15.2 hp @ 8,500 rpm, serta daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.

Baca juga artikel ini > Abang Viva dapat hadiah motosikal Yamaha

Secara standard, Yamaha Y15ZR didatangkan dengan suspensi teleskopik di depan dengan lengan ayun di bahagian belakang, sementara rim pula bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 90/80 di depan dan 120/70 di belakang, dibantu dengan sistem brek cakera depan dan belakang.

Dimensi juga masih lagi sama, dengan ketinggian pelana sekitar 780 mm dan kapasiti tangki bahan api sebesar 4.2 liter.

Harga jualan model tahun 2022 ini bermula dari RM8,498. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.

Dah ada motosikal Yamaha? > ini pun perlu ada

(Visited 1,190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button