Nasional

Abang Viva dapat hadiah motosikal Yamaha

ABANG Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, yang sebelum ini tular kerana membawa bot getah menggunakan Perodua Viva bagi membantu mangsa banjir kini tular lagi.

Kali ini gambarnya tular kerana dikatakan menerima hadiah sebuah motosikal Yamaha  XJ6.

Dikatakan motosikal itu dibeli oleh seseorang untuk dihadiahkan kepada Azwan.

Sebelum ini media melaporkan beliau telah bersetuju untuk menerima ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4), sumbangan Pe­ngasas Shalicious Empire Sdn. Bhd., Sha Hassan.

Menurut wira banjir itu, dia telah menemui Sha minggu lalu bagi berbincang mengenai hasrat usahawan itu untuk memberikannya kenderaan tersebut secara percuma.

Beliau berkata, usahawan wanita berkenaan memberikan secara ikhlas dengan tujuan ingin­ memudahkan dirinya menjalankan segala urusan membantu lebih ramai orang yang memerlukan pertolongan.

Azwan mula mencuri tumpuan ramai apabila dia dianggap sebagai wira banjir kerana usaha murninya membantu mangsa banjir bermula di Puchong disusuli Taman Sri Muda, Shah Alam di Selangor dan Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Anak bongsu daripada empat beradik itu bergerak solo memandu Perodua Viva dengan membawa bot getah yang diletakkan di atas bumbung keretanya, menuju lokasi banjir berbekal wang RM50 diberikan oleh ibunya. RM20 bagi mengisi minyak bot dan baki RM30 untuk makanan buat mengalas perut.

(Visited 478 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button