Auto TravelBerita Auto

Yamaha MT-09 2022 kini dalam dua warna baharu

HONG LEONG Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan dua pilihan warna baharu untuk model MT-09.

Motosikal Yamaha MT-09 2022 dengan penampilan baru dalam dua variasi warna bergaya iaitu Tech Black dan Cyan Storm.

HLYM juga telah mengemas kini harganya untuk 2022 yang menyaksikan MT-09 kini ditawarkan pada harga kekal tidak berubah RM54,998, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Walau bagaimanapun HLYM menyatakan harga jualan yang disyorkan hanyalah sebagai panduan dan ia masih tertakluk kepada perubahan oleh pihak mereka.

Bagi setiap pemilik baharu model Yamaha MT-09, mereka akan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 dengan setiap pembelian motosikal nanti.

Sementara itu, tiada perubahan spesifikasi diumumkan selain menyaksikan MT-09 kekal menawarkan enjin 889cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 117.3hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.

Anda boleh mengikuti perkembangan Motosikal Yamaha Malaysia di halaman Facebook rasmi “Yamaha Motor Malaysia“. – SM

Artikel berkaitan > Yamaha MT-15 2022 kini dalam tiga warna baharu

(Visited 546 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button