WWE terpaksa berhentikan bintangnya, setelah tidak mampu bayar gaji
VINCE McMahon akhirnya terpaksa memutuskan untuk memberhentikan sejumlah bintang ahli gustinya setelah perniagaannya yang semakin merosot.
Sejak perintah berkurung dikuat kuasa oleh Amerika Syarikat, bintang-bintang gusti WWE terpaksa beraksi tanpa penonton.
Selain kehilangan auranya, WWE juga kehilangan pendapatan daripada kutipan tiket.
Bintang WWE yang ditamatkan perkhidmatan ialah Kurt Angle, Rusev (Miroslav Barnyashev), Drake Maverick (James Curtin), Zack Ryder (Matthew Cardona), Curt Hawkins (Brian Myers), Karl Anderson (Chad Allegra), Luke Gallows (Drew Hankinson), Heath Slater (Heath Miller), Eric Young (Jeremy Fritz), Rowan (Joseph Ruud), Sarah Logan (Sarah Rowe), No Way Jose (Levis Valenzuela), Mike Chioda, Mike Kanellis (Mike Bennett), Maria Kanellis, EC3 (Michael Hutter), Aiden English (Matthew Rehwoldt), Lio Rush (Lionel Green), Primo (Edwin Colon) dan Epico (Orlando Colon Nieves).
Selain itu, syarikat berkenaan turut melepaskan beberapa kakitangan pasukan produksi mereka yang terdiri daripada alumni seperti Billy Kidman, dan Finlay. Seorang pengadil, Mike Chioda turut terkena tempias ini.
WWE mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelepasan superstars ini namun tiada sebab di sebalik tindakan mereka.
Terdahulu, Vince McMahon yang juga selaku bos XFL, turut menghentikan operasi sukan berkenaan dan mengisytiharkan bankrap.
Sejarah WWE bermula pada awal 1950-an ketika ditubuhkan pada tahun 1953 sebagai Capitol Wrestling Corporation (CWC). Ia mengalami beberapa perubahan nama selama bertahun-tahun, dari World Wide Wrestling Federation (WWWF) ke World Wrestling Federation (WWF) hingga World Wrestling Entertainment (WWE) pada tahun 2002.
Syarikat berkenaan adalah gelanggang promosi gusti profesional terbesar di dunia. Ini telah mempromosikan beberapa pegulat dan jalan cerita yang paling berjaya, dan menampilkan beberapa perlawanan dan momen yang paling ikonik dan penting dalam sejarah hiburan sukan.
WWE kini menayangkan beberapa program berprofil tinggi seperti NXT, Raw dan SmackDown di lebih daripada 150 negara, menjadi tuan rumah 12 acara bayar per tontonan setahun termasuk WrestleMania, dan mengadakan kira-kira 320 acara langsung setahun di seluruh dunia.
Pada tahun 2014, syarikat berkenaan melancarkan rangkaian streaming 24/7 yang pertama yang akhirnya akan mempamerkan keseluruhan perpustakaan video WWE.
Bintang yang terkenal dan dianggap lagenda antaranya Brett Heart, Hulk Hogan, The Rock, Undertaker, Goldberg dan Shawn Michael. – SM