fbpx
Nasional

PKP 3: 1,315 orang ingkar hari ini

JUMLAH individu yang melanggar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus meningkat walaupun sudah memasuku fasa ke tiga pelaksanaannya sejak Mac lalu.

Semalam adalah hari pertama, PKP fasa ke-3 dilaksana seperti diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu menandakan negara masih lagi berhadapan dengan Koronavirus (Covid-19).

[BACA] PKP: Rakyat diseru tingkatkan disiplin, jaga keselamatan diri — Suara Merdeka

Namun, individu berkenaan seolah-olah tidak takut dengan jangkitan penyakit itu sehingga sanggup melanggar PKP yang diperintah oleh kerajaan bagi mengekang pandemik berkenaan.

Jumlah berkenaan adalah hasil daripada operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Sebanyak 813 sekatan jalan raya dilakukan dan 558,548 jumlah kenderaan diperiksa.


Selain itu, sebanyak 56,052 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,364 premis diperiksa oleh pihak berkuasa.

Daripada jumlah tangkapan yang dibuat, 1,226 direman dan 89 dijamin polis.

Sementara itu, seramai 312 individu dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, individu ditahan kerana mahu memulakan operasi perniagaan walapun belum mendapat kebenaran.

[BACA] PKP: RM1,500 ‘dipau’, Wak kutip daun-daun hijau sebagai sayur — Suara Merdeka
[BACA] PKP: Yuran Taska tetap kena bayar — Suara Merdeka

“PDRM melaporkan banyak kenderaan di jalan raya terutamanya kenderaan perkhidmatan bukan asas mengambil kesempatan memulakan operasi perniagaan.

ISMAIL SABRI YAAKOB

“Ingin ditegaskan, semua industri perlu memohon kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan tidak dibenarkan beroperasi tanpa kelulusan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Tambah beliau, hanya sektor berkaitan yang diberi kebenaran ketika PKP 1 dan 2 dibenarkan beroperasi seperti biasa.

“Industri dan sektor seperti bekalan makanan dan perubatan yang diberi kebenaran pada dua PKP lepas dibenarkan beroperasi.

“Kerajaan akan membenarkan sebarang aktiviti yang membabitkan rantaian bekalan dan pemasaran makanan serta perubatan bagi memastikan bekalan mencukupi,” jelasnya.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan tiada lagi kompaun dikenakan terhadap individy yang ingkar bermula fasa ke-3 semalam.

Menurut beliau, individu yang ingkar sebaliknya akan didakwa terus di mahkamah.

Semalam, Suara Merdeka melaporkan sebanyak 13 pusat akademi penjara akan menjadi pusat tahanan bagi pesalah PKP.

[BACA] Dr. Noor Hisham bukti betapa hebatnya penjawat awam jika diberi peluang — Suara Merdeka
[BACA] Mesej sekolah buka tahun depan palsu – NUTP — Suara Merdeka

Saranan dan keputusan membuka pusat akademi itu adalah bagi mengatasi masalah kebanjiran banduan di penjara-penjara sedia ada. – SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button