Ekonomi

Women of Excellence Awards raikan wanita terhebat

WOMEN of Excellence Awards 2021/22 atau WOEA 2021/22 buat pertama kalinya diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada lebih 70 usahawan dan personaliti wanita terhebat dari seluruh negara.

Majlis anugerah yang julung kali dianjurkan oleh FM Media Communications dengan kerjasama majalah THE CEO Malaysia ini telah berjaya mengumpulkan syarikat yang berjumlah keseluruhan bernilai lebih dari lima ratus juta Ringgit Malaysia (RM500,000,000.00).

Seramai lebih 350 tetamu hadir menyaksikan majlis anugerah berprestij ini yang dirasmikan oleh Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

“Saya berharap majlis penganugerahan ini akan menjadi contoh kepada Pengusaha-pengusaha Wanita lain dan menjadi tanda aras kepada sebuah pencapaian baharu demi kemakmuran negara. Mari kita Bersama-sama berganding bahu dengan memberi sumbangan bagi memulih dan memperbaharui ekonomi negara agar terus berdaya tahan”, Kata Datuk Mastura Yazid.

Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif, FM Media Communications; Muhammad Fairos Ayob, Pengarah Urusan FM Media Communications; Ema Malina Abu Bakar Tajudin, Pengerusi BERNAMA TV; YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, Pengerusi Koperasi Usahawan Maju Bhd; Datin Zalani @ Nornie Haji Hassan, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah; Dato Shahira Ahmed Bazari, serta Presiden dan Pengasas Melium Group; Dato Seri Farah Khan.

Ema berkata, Sempena Hari Wanita yang disambut pada bulan Mac setiap tahun, Majalah The CEO Malaysia menganjurkan Majlis Anugerah “Women of Excellence Awards 2021/22”.

“Melalui program berprestij ini, kami boleh memanfaatkan kepakaran kami untuk menjana dan meningkatkan penjenamaan serta potensi transaksi perniagaan mereka. Disamping itu juga kami ingin menyediakan sebuah platform, untuk mengumpulkan semua usahawanita dan pengusaha berjaya dalam satu bumbung.

“Kami percaya penyertaan peserta daripada pelbagai industri akan memupuk potensi yang amat besar untuk diterjemahkan kepada hubungan perniagaan baharu yang lebih makmur bagi masa terdekat di kalangan peserta itu sendiri,” katanya.

Terdapat 50 anugerah dipertandingkan membabitkan pelbagai industri antaranya Wanita Dalam Perniagaan, Usahawan Wanita Baru Terbaik, Anugerah Khas Kepimpinan, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Industri Peruncitan, Industri Teknologi, Industri Bumiputera, Industri Makanan dan Minuman, Industri Pendidikan, Industri Kewangan dan Hartanah, Media serta Selebriti tanah air.

Setiap penerima anugerah dinilai menerusi tiga (3) kriteria utama iaitu pencapaian tahunan syarikat, kepimpinan luar biasa dan pencapaian yang menonjol dalam bidang yang diceburi.

Memulakan majlis, PU Riz dijemput untuk pembacaan doa. Tetamu kemudiannya dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanahair iaitu Dolla dan Noraniza Idris.

Sementara itu, Datin Rita Sosilawati, Datin Elaine Daly, Datuk Syafinaz Selamat, Farhatul Fairuzah, Mira Filzah, Jihan Muse, Syafinaz Yunos, DJ Lin, Fara Fauzana, Sherry Al-Hadad, Rozita Che Wan, MUA Bellaz, Maya Karin dan Jaclyn Victor hadir untuk penampilan istimewa.

Diterbangkan khas dari Jakarta, legenda terkenal, Hetty Koes Endang turut menyerikan majlis pada malam itu. Turut dimeriahkan dengan penyertaan jenama terkenal seperti Ceres, Bonia dan Harley Davidson Kuala Lumpur. – SM

(Visited 673 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button