Warkah Terbuka Buat Sahabat Yang Terluka Atau Kecewa..
Assalamualaikum wm wb
Sahabat yang dikasihi,
1)Semoga kalian dalam keadaan yg baik serta sihat walfiat di kawasan masing masing.
2)Kita sedang melalui ujian yang besar.Teguhkan pendirian.Mantapkan kekuda perjuangan.
3)Peyingkiran kita bukan perkara yang tidak diduga.Kita harus redha,kerana itulah harga utk kita tegakkan pendirian ketika kita berbeza pendapat dengan Presiden kita.
Kita ahli ahli parlimen istiqamah bersama PM kita,kerana kita YAKIN ITU TERBAIK BAGI PARTI KITA.Kita sering berbeza pendapat dgn Presiden parti kita.Tetapi kita tidak pernah membelakangkan parti kita.Malah kitalah istiqamah pertahankannya,dalam dan luar parlimen
4)Kita tentu faham kita menongkah arus,menolak kehendak Presiden kita berkali kali.Kita gagalkan rancangan beliau,kerana kita merasakan cara kita lebih baik,lebih benar bagi parti kita
5)Siang malam kita berkumpul berbincang bila ada perbezaan pendapat.Kita sentiasa bersama
a)Ketika Presiden Kita menandatangani surat kpd SPB YDP Agong dangan menyatakan ahli parlimen bersolidariti,bersetia dan bersetuju Anwar Ibrahim di angkat sbg PM9.Kita dgn tegas menolaknya,kerana kita berpegang pada dasar parti dan PAU, “NO ANWAR NO DAP”.Kita tidak salah.Kita berbeza pendirian dgn Individu bukan parti.
b)Plan mengangkat Anwar yang kita gagalkan itu,berganti pula dengan percubaan menggagalkan belanjawan 2020,sebagai strategi VOTE OF NO CONFIDENCE kpd kjaan dan PM ketika itu,namun kita sekali lagi bersolidariti dan meluluskan setiap pengundian yg mencemaskan di Dewan Rakyat.
c)Apabila 15 kawan kawan MP kita tiba tiba menarik sokongan dan ingin jatuhkan PM8,dan kita diarah oleh Presiden melalui SUA utk berbuat yang sama,kita memilih cara yg lain utk menyelamatkan parti kita,dan sebaliknya kita mengikhtiarkan permuafakatan yg mengangkat DSIS sbg PM9.Kita tidak salah
6)Kita tentu ingat bagaimana kita berusaha siang dan malam utk selamatkan parti kita.
7)Banyak lagi peristiwa bagaimana kita Ahli Parlimen dan PM berperanan dan berusaha utk membawa umno,bn kemana kita berada hari ini.Kita tidak salah
8)Namun,tindakan kita tentunya tidak disenangi Presiden namun kita yang telah berjaya menyelamatkan parti kita.Saya faham pendirian kita telah membawa kpd fitnah bertubi tubi kononnya kita tidak setia,kita besar kepala,kita lupa kerana telah dapat jawatan,kita Pro PPBM,Kita Pro PAS dll cercaan.
Sedih,Pilu bila humbanan tuduhan menjadi semacam satu ejekan.Namun kita harus redha.Kita tidak salah
9)Pernahkah kita bayang di mana parti kita hari ini,kalau kita telah memusuhi parti parti yg pernah menghulur tangan membantu kita?
Dimana kita jika Warkah kpd SPB YDP Agong supaya angkat Anwar jadi PM, kita ia kan?Apa dah jadi pada parti kita jika kjaan terbubar,saat covid19 masih melanda dan rakyat marah kpd politicking berterusan?..fikir fikirkan
10)Kita ahli ahli parlimen beristiqamah bersama YAB PM dan mp mp yg menyokong kjaan,menjaga permuafakatan,ketika api kebencian terus menerus dinyalakan.Kita lakukan demi menjaga maslahah parti kita.
Alhamdulillah kita berjaya,dan kejayaan menjadikan parti kita turut berkuasa dalam pemerintahan.
Ini tidak di senangi oleh sebilangan orang,mungkin yg mula memikirkan pemilihan tahun depan,yg memikirkan kedudukan.
11)Jelas pembubaran parlimen yg mahu disegerakan,telah diambil kesempatan.Kita digugurkan,dengan cara yg seolah tiada perlembagaan, tiada peraturan,jauh sama sekali tali persahabatan
12)Saya faham kalian marah dan kecewa dgn cara kalian di layan.Tapi sabarlah
13)Kita bertindak bukan sendirian,tapi hasil pemikiran mendalam dan telah membuah hasil dan kekuatan kpd BN.Kita harus berbangga.Pertahankan kebenaran
14)Jangan tinggalkan perjuangan walau kita di aibkan.Jangan membakar jambatan kerana jalan masih panjang di hadapan.
15)Marah jgn di balas marah,hutang darah tak perlu di bayar darah.Perjuangan kita lebih besar dari itu.Baluti luka hati dgn iman dan kesabaran seorang pejuang
16)Kembalilah memimpin anak dan adik adik kita yg bertatih.Pulihkan jentera yg berduka.Jika tidak berupaya memenangkan,setidak tidaknya jangan mengalahkan.Parti perlu di dahulukan
17)TERUSKAN SEMANGAT MUAFAKAT DAN PERPADUAN.TOLAK KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN.JGN JADIKAN PARTI PERISAI BADAN MELINDUNGI KECURANGAN.AMANAH RAKYAT JGN SIA SIAKAN DAN CURANG.
18)Terima seadanya soal pencalunan dengan kesabaran.Rapatkan semula saf,terus berjuang
TSAM
Ketua UMNO Bhg Ketereh,
Presiden MN Msia