Politik

Melaka larang guna fasiliti kerajaan kempen PRU15

Kerajaan negeri tidak membenarkan aset atau fasiliti termasuk dewan digunakan oleh mana-mana parti politik termasuk Barisan Nasional (BN) bagi tujuan berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, berdasarkan akta sedia sememangnya semua fasiliti milik kerajaan negeri tidak boleh digunakan sewaktu sepanjang tempoh berkempen PRU15.

Menurutnya, larangan itu bertujuan tidak ada penyalahgunaan fasiliti sepanjang pilihan raya ini bagi memberi keadilan kepada semua pihak terlibat.

“Saya sendiri pun sebagai kerajaan negeri sedia ada, tidak menggunakan aset milik kerajaan untuk membantu mana-mana calon dari BN sepanjang tempoh berkempen.

“Kita sudah maklumkan sebarang harta kerajaan negeri tidak boleh digunakan untuk memasang bendera, poster dan sebagainya,” ujarnya kepadanya pemberita selepas Lawatan Pemantauan Projek Negeri bagi Pembinaan Dewan Terbuka Kampung Orang Asli Bukit Payung di Alor Gajah, Melaka di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan Negeri Sembilan membenarkan parti politik menggunakan dewan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kegunaan berkempen pada PRU15.

Dalam pada itu Sulaiman berkata, semua aktiviti kempen politik boleh diadakan di kawasan terbuka jika dibenarkan pemilik atau pihak terlibat.

Sementara itu beliau berkata, 91 peratus daripada keseluruhan Manifesto atau Aku Janji Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran BN telah dilaksanakan dalam tempoh setahun selepas Pilihan Raya
Negeri (PRN) Melaka, November tahun lalu.

Jelasnya, antara yang telah dilaksanakan ialah pelbagai projek di Parlimen Masjid Tanah khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning.

Menurutnya, sebanyak RM23.09 juta telah digunakan bagi melaksanakan 318 projek tahun lalu dan berjaya dilaksanakan oleh jabatan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan. – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button