Nasional

Warganet puji hampir 200,000 dos vaksin diberi semalam

JUMLAH dos harian tertinggi diberikan kepada penduduk Malaysia semalam iaitu hampir 200,000 suntikan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 197,963 dos vaksin disuntik melibatkan 142,890 suntikan dos pertama dan 55,073 suntikan dos kedua.

Jumlah suntikan yang tinggi itu mendapat pujian warganet dalam ruangan komen di Facebook JKJAV.

Ramai yang berpadangan bahawa jumlah suntikan yang tinggi itu petanda baik untuk negara mencapai sasaran imuniti berkelompok.

Wow, hebat, teruskan, mari kita lakukan sehingga 300,000 dos sehari tidak lama lagi. Bravo!” komen Arber Arber K Krasniqi.

“Terbaik Malaysia, melebihi sasaran,” kata Chris Wong.

“Wow. Hampir 200,000. Terbaik Malaysia,” puji Jannah Islam.

“Petanda yang baik, semakin tinggi jumlah suntikan, semakin cepat kita hentikan jangkitan Covid-19. Ayuh Malaysian,” komen Azinie Ahmad.

“Bagus, teruskan kerja yang baik. Jom kita capai sasaran imuniti berkelompok untuk negara kita,” kata Jason Lee.

Sementara itu pemberian dos suntikan vaksin kini menghampiri jumlah 5 juta. Semalam jumlah yang direkodkan adalah 4,688,233 dos melibatkan 3,275,194 dos pertama dan 1,413,039 dos kedua.

Di Kuala Lumpur lebih setengah juta penduduknya telah divaksin iaitu 573,392 menerima dos pertama dan 127,174 orang telah menerima kedua-dua dos.

Selangor di kedudukan kedua iaitu 487,138 mendapat dos pertama dan 180,605 telah disuntik kedua-dua dos.

Diikuti Sarawak yang mencatatkan 355,676 dos pertama dan 159,920 dos kedua.

Sejumlah 309,350 penduduk di Johor menerima vaksin pertama dan 135,612 telah disuntik dengan kedua-dua dos.-SM

 

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button