Memanglah surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merupakan surat kebenaran kerja namun relevankah syarikat menghantar pekerja mereka untuk merentas negeri?
Lagi-lagi pada zaman kes Covid-19 semakin meningkat dan kebanyakan orang sudah dikerah untuk Work From Home, maka dari celah mana sampai berpusu-pusu berada di tol untuk keluar negeri itu?
Kena pula surat MITI tersebut tak perlukan pengesahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), maka semakin galaklah mereka yang cuba-cuba merentas negeri ini guna surat MITI.
PDRM yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) pula bukannya ada masa atau kuasa untuk semak satu per satu surat MITI yang ditunjukkan oleh warga tempatan.
Semuanya terpaksa bersangka baik dan mengikut arahan, asalkan ada surat MITI maka individu tersebut boleh merentas negeri atas urusan sektor ekonomi beroperasi.
Dan macam tak biasa pula dengan perangai warga tempatan yang suka melakukan kerja-kerja saat akhir, sudah pasti hujung minggu ini adalah masa terbaik untuk larikan diri.
Salah satu cara untuk membendung perangai celaka warga tempatan yang suka memperdayakan PDRM menerusi surat MITI adalah dengan bantuan majikan.
Cuba majikan buat spot check mintak live location setiap pekerja. Benarkah dia berada dalam negeri tempat dia menetap dan bekerja?
Atau live location itu menunjukkan pekerja tersebut berada di luar kawasan dan jika itu berlaku, sila tanya bagaimana mereka boleh ke sana.
Sudah tentulah dengan ada lesen besar iaitu surat MITI tadi dan percayalah perkara ini sukar dilakukan oleh majikan kerana masing-masing nak back up dan #kitajagakita.
Kalaulah penulis jenis jadi majikan.. penulis akan bagi bonus RM500 kepada setiap pekerja yang mampu buktikan mereka memang berada di rumah dan tak rentas negeri dengan live location tadi!