Nasional

Ambil iktibar, patuhi SOP situasi pandemik, titah Raja Muda Perlis

“Keluarga Terjaga, Perlis Terpelihara – #kitajagakita #rinduPerliszonhijau”. Demikian titah peringatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai tanda sokongan kepada slogan yang diwar-warkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri kepada seluruh rakyat Perlis.

Menurut Tuanku Raja Muda, ‘Seluruh rakyat di negeri ini mesti mengambil iktibar daripada peningkatan kejadian kluster Covid-19 di tempat kerja di Perlis ini dan juga negeri-negeri lain’.

Selain itu, pematuhan SOP dan norma baharu di tempat kerja hendaklah dilakukan sepanjang waktu bekerja oleh semua peringkat.

Pihak majikan mestilah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan pada ketika ini dan seterusnya apabila penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh yakni ‘total lockdown’ bermula 1 Jun nanti dengan memastikan pekerja yang hadir ke tempat kerja pada satu-satu masa adalah mengikut kapasiti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Para majikan juga perlu memainkan peranan dengan memantau anggota kerja masing-masing terutamanya yang tinggal dan berulang alik dari kawasan berisiko ke negeri Perlis bukan sahaja untuk tempoh kawalan dan sekatan pergerakan ini sahaja tapi seterusnya apabila ianya diperlonggarkan kembali suatu hari kelak, tegas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim memohon kerjasama semua lapisan masyarakat di negeri ini supaya sentiasa mematuhi dan mempraktikkan segala Garis Panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan jika mengetahui ada kemasukkan individu dari luar Perlis tanpa kebenaran PDRM terutamanya dari kawasan-kawasan berisiko tinggi maklumkanlah dengan segera kepada pihak berkuasa.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menzahirkan ucapan “Selamat Menyambut Pesta Kaamatan – Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan’ kepada ahli masyarakat yang bermastautin di negeri Perlis yang meraikan perayaan tersebut pada hari ini 30 Mei 2021 dalam suasana kelaziman baharu yang berbeza pada kali ini.

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button