Pembaca

Warga Emas Lebih Terbel, IDEAL dan Care Concierge Tawar Penyelesaian Holistik Penjagaan

MENYEDARI peningkatan jumlah warga emas di Malaysia menjelang 2030, IDEAL Healthcare dan Care Concierge mengambil langkah proaktif dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh sistem pemulihan geriatrik dan penjagaan profesional di negara ini.

Majlis menandatangani MoU berlangsung bersempena rumah terbuka Aidilfitri anjuran IDEAL di Setiawangsa, menandakan permulaan kerjasama strategik yang bakal menyatukan kepakaran dalam fisioterapi, rawatan di rumah serta perkhidmatan jururawat bertauliah.

Pengasas IDEAL, Dr Faizi Rosli berkata, kerjasama ini hadir tepat pada masanya ketika Malaysia menuju status negara tua, dengan lebih 15 peratus rakyat dijangka berusia 60 tahun ke atas menjelang 2030.

“Isu pemulihan warga emas bukan hanya berkisar tentang perubatan, tetapi merangkumi penjagaan harian dan sokongan berterusan yang sering dikendalikan oleh pihak berasingan. Kerjasama ini menawarkan penyelesaian menyeluruh dan lebih tersusun untuk keluarga yang terkesan,” ujar Dr Faizi.

 

Dari kiri Azrin Shah, Haikal Azim, Fikri Rusli, Dr. Faizi, Justin Yap, Martin Yap, Hajjah Emilda Rita, Jocelyn Tay)

Sementara itu, Ketua Pengarah Care Concierge, Justin Yap menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu keperluan nasional dalam menangani krisis penjagaan warga emas secara menyeluruh.

“Model penjagaan yang dibentuk mampu mempercepatkan proses pemulihan, mengurangkan kadar kemasukan semula ke hospital, serta membantu penjaga yang terpaksa mengorbankan kerjaya demi ibu bapa,” katanya.

Dalam majlis sama, IDEAL turut menyerahkan sumbangan amal kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), hasil kutipan 5% daripada Program Penjagaan Kanser IDEAL – membuktikan komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial dalam kesihatan komuniti.

Care Concierge kini mengendalikan lebih 2,500 kakitangan profesional dan 8 kediaman penjagaan di seluruh negara, manakala IDEAL dikenali sebagai pusat sehenti dalam bidang pemulihan dan kecergasan berasaskan perubatan.

Kedua-dua pihak berharap model ini mampu diperluaskan di peringkat nasional bagi membina masa depan penjagaan warga emas yang lebih cekap, berkualiti dan berperikemanusiaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button