Nasional

Wanita tonggak Malaysia Madani

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, untuk melahirkan individu dan masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan, perlu ada nilai dan akhlak yang mulia.

Beliau berkata, dalam sesuatu keluarga perlu ada kasih sayang di samping dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi.

“Tema sambutan Hari Wanita ialah ‘K.A.S.I.H’ iaitu kasih sayang, akhlak mulia, sihat, ilmu dan harmoni.

“Tema ini dipilih sempena 22 tahun KPWKM ditubuhkan yang mana KASIH adalah pertautan nilai –nilai murni yang mengukuhkan lagi peranan kementerian sebagai peneraju utama dalam pembangunan masyarakat ke arah kemakmuran bersama,” katanya.

Katanya lagi, tema itu juga sangat tepat dalam merujuk kepada peranan KPWKM untuk memperkasakan golongan wanita dan mengurus perdana gender.

“Ini juga selari dengan hasrat Malaysia Madani untuk mencapai kesejahteraan rakyat serta keterangkuman sosial,” katanya.

Nancy berkata demikian pada sambutan Hari Wanita 2023.

Di bawah KASIH Wanita, komuniti berperanan untuk melindungi kanak-kanak, membantu mangsa keganasan rumah tangga dan memberi kesedaran mengenai anti-gangguan seksual. – SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button