KemalanganNasionalNegeri

Wanita, tiga kanak-kanak cedera MPV bertembung kereta kebal

BERPANTANG maut sebelum ajal. Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, Kota Tinggi, Johor, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai, Deddy Borhan Umaali berkata, 15 anggota termasuk dari BBP Sungai Rengit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.

Beliau berkata, wanita berusia 54 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.

Katanya, kereta kebal yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai berlanggar dengan MPV itu.

“Bagaimanapun, wanita dan tiga kanak-kanak terbabit tidak tersepit dalam kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, rawatan awal diberikan kepada semua mangsa yang cedera sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Bagaimanapun, dua anggota tentera yang berada di dalam kereta kebal itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – SM

BACA Calon BN DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy kemalangan

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button