Nasional

Wanita negara ini mudah mendapat pendidikan berkualiti – Raja Puan Muda Perlis

Salah satu faktor utama dalam pemerkasaan wanita terletak kepada pendidikan serta latihan yang berkualiti. Wanita di Malaysia sesungguhnya sangat bertuah kerana mudah untuk mendapatkan akses pendidikan berkualiti.

Antara matlamat pemerkasaan wanita yang utama adalah Pekerjaan, Keusahawanan, Pendidikan Dan Latihan, Kepimpinan, Pembuat Dasar Dan Keputusan, serta Komuniti Dan Masyarakat Sivil. Inisiatif-inisiatif ini penting bagi memastikan kaum wanita dapat berdikari dan mempunyai kestabilan kewangan.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan menandatangani sijil penghargaan yang diberikan kepada Panel dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana dalam melaksanakan dan menjayakan webinar Women in Search of Excellence
Siri ke 5 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan Unit Perkhidmatan OKU UITM (UPO) pada 27 Januari 2022 yang lalu baru-baru ini.

Webinar tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak dan agensi.

Sijil penghargaan tersebut adalah sebagai tanda penghormatan dan menghargai jasa dan masa panelis dan seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah berbakti kepada UiTM Cawangan Perlis di bawah kepimpinan Rektor, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi dalam usaha menaikkan nama UiTM di seluruh Malaysia.

Tuanku Raja Puan Muda turut memetik kata-kata daripada Kofi Annan, Setiausaha Agung PBB yang ketujuh berbunyi:
“Apabila wanita berkembang maju, semua masyarakat akan mendapat manfaat, dan generasi seterusnya diberi permulaan yang lebih baik dalam kehidupan”.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut menyentuh mengenai pencapaian wanita dalam sukan negara juga tidak dapat disangkal lagi, dan begitu menyerlah dengan meraih pelbagai kejayaan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button